Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

11 November 2011

SUP SAYURAN SUHUN DAN FUCUK

Bahan-bahannya:
Ubi kentang 3 biji dipotong kecil
1 paket putik jagung dipotong kecil
1 batang lobak merah dipotong serong
Bunga kobis
50 gm fucuk
50 gm suhun
1 biji telur
Garam secukupnya
Bahan perasa secukupnya
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Air secukupnya
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Bahan-bahan untuk ditumis:
1 biji cili merah dihiris
1 inci halia dihiris
1 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
20 gm udang kering atau ikan bilis

Penyediaannya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan masukkan bahan-bahan untuk ditumis. Tumis sehingga kekuning-kuningan dan naik bau.
2. Masukkan air, garam, perasa dan biarkan seketika. Kemudian masukkan kentang dan masak sehingga kentang empuk.
3. Setelah kentang empuk dan kuah masih mengelegak mendidih, pecahkan sebiji telur di dalam periuk. Jangan kacau dan biar telur masak.
4. Masukkan lobak merah, bunga kobis, dan jagung putih. Biarkan seketika di atas dapur dan jangan sampai sayur-sayuran layu.
5. Kemudian masukkan fucuk dan suhun. Kacau sehingga mendidih.
6. Akhir sekali masukkan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.






Catat Ulasan

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang