Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

4 November 2011

Kurma Ayam (Masakan Utara)


Resepi ini adalah warisan bonda Kak Noor. Cubalah dan boleh komen kalau tak sedap. Ada orang yang suka kuah yang pekat dan orang yang suka cair. Terpulanglah kepada citarasa masing-masing untuk menyesuaikannya. Apa yang penting kita gunakan asas masakan kurma ini. Insya Allah menjadi...

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dibuang kulit dan dipotong 12 atau ikut suka
3 - 4 biji buah kentang (sebiji dibelah empat)
2 cawan santan dicampur dengan 1 cawan air - Nisbah 2:2
1 helai daun pandan disimpul
3 biji buah keras dikisar lumat
Gula, garam dan perisa secukup rasa

Bahan-bahan untuk pes: (dikisar)
4 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 sudu besar buah badam yang dikisar lumat (buang kulit dengan direndam dengan air panas)
atau boleh juga digantikan dengan 3 biji buah keras yang dikisar lumat
Air secukupnya
(Bahan-bahan di atas diblender dengan air secukupnya untuk menjadikannya pes)

Bahan-bahan tumis:
3 biji bawang merah dihiris atau 1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih dihiris
3 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
2 - 3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun kari

Bahan hiasan:
3 - 4 biji cili hijau
2 biji tomato
2 biji bawang besar dibelah (sebiji dibelah empat)
Daun pudina

Penyediaannya:
Bersihkan ayam dan gaulkan dengan pes rempah. Perapkan selama 2 - 4 jam ataupun semalaman di dalam peti sejuk.
Panaskan periuk dan masukkan minyak. Bila minyak panas, masukkan bahan-bahan tumis dan masak sehingga keluar bau harum dan bawang kuning keemasan. Masukkan ketulan ayam yang telah diperapkan ke dalam periuk. Kacau rata, tutup periuk dan biarkan seketika (1 minit).
Masukkan santan dan daun pandan, garam, gula, dan perisa. Kacau rata dan biarkan ia pecah minyak. Kecilkan api dapur. Tentukan ayam di dalam periuk dikacau supaya ia tidak hangus di permukaan bawah. Pada masa ini jus daripada daging ayam akan mulai keluar dan akan mencairkan kuah. Sekiranya anda ingin kuah yang lebih, boleh tambah sedikit air. Ketika ini anda boleh memasukkan ibu kentang.
Masak sehingga kuah mendidih dan ubi kentang empuk. Rasa kemasinan dan tambah garam jika perlu. Akhir sekali masukkan bahan hiasan; cili hijau, buah tomato bawang besar dan daun pudina. Kacau sekali, tutup api dan tutup periuk.
Catat Ulasan

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang