Pengikut

5 November 2011

Cucur Oat

Apabila oat masih banyak di rumah, timbul idea Kak Noor untuk membuat cucur ini. Sebenarnya resepi ini asalnya daripada cucur manis tetapi diolah sedikit untuk disuaikan dengan resepi ini. Budak-budak memang menyukainya. Anak Kak Noor suka cicah cucur ini dengan susu pekat.


Bahan-bahannya:
1/2 kg. tepung gandum
1 cawan oat
1 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula perang
2 sudu madu
1/2 cawan susu sejat
Garam secukup rasa
Sedikit esen vanilla
Air suam secukupnya untuk membancuh tepung
Minyak untuk menggoreng


Penyediaannya:
1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder.
2. Di dalam bekas, satukan tepung gandum yang telah diayak bersama oat, telur, susu sejat, gula perang, madu garam, dan esen vanilla. Bancuh dengan air suam secukupnya. Gaul sehingga semua bahan-bahan sebati dan licin. Ketepikan adunan lebih kurang 30 minit.
3. Goreng adunan dalam minyak yang panas dan dibalik-balikkan untuk mendapatkan cucur yang gelembong dan keperangan.
4. Angkat dan hidangkan. Sedap dihidangkan bersama minuman panas.


Sajian keluarga untuk makan petang.  Boleh dicicah dengan susu pekat ataupun kuah kari.


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...