Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

11 November 2011

Cucur (Cekodok) Udang

Bahan-bahannya:3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
10 ekor udang dibuang kulit
1 cawan udang geragau
1 biji ubi kentang dihiris memanjang
1 cawan jagung biji
Sedikit daun kucai
1 biji bawang besar potong dadu
1 biji bawang dan 2 biji cili hidup ditumbuk
1 biji telur
Garam secukupnya
Perasa
Air secukupnya untuk membancuh adunan
Minyak untuk menggoreng


Penyediaannya:
1. Masukkan semua bahan di atas di dalam sebuah bekas dan gaul rata.
2. Bancuh bahan-bahan yang digaul tadi dengan air suam, tujuannya untuk merangupkan cucur. Gaul sehingga semua bahan sebati.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minyak panas, bolehlah mula menggoreng.
4. Hidangkan panas-panas. Boleh dimakan bersama sos cili atau kuah kacang.




Catat Ulasan

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang